Objektif
1. Menyatupadukan tenaga usahawan wanita bumiputra bagi mengembangkan perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dalam sesuatu bidang yang kompetitif.
2. Mewujudkan hubngan kerjasama dan jalinan maklumat (information network) di kalangan usahwan bumiputra bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai wawasan negara.
3. Mengadakan aktiviti keusahawanan, latihan dan penerangan kepada ahli-ahli bagi mendedahkan mereka lebih meluas dalam dunia perniagaan.
4. Bergabung dengan mana-mana pertubuhan lain yang mempunyai tujuan yang sama di peringkat negara ataupun antarabangsa.
5. Menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan dalam menjayakan dan melaksanakan dasar-dasarnya.
6. Menjadi badan penasihat dan bimbingan kepada ahli-ahli dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan bidang keusahawanan.
Misi
1. Berusaha melahirkan dan membantu usahawan wanita yang baru dan sedia ada sebagai pelapis kepada kepimpinan pada masa hadapan agar lebh ramai usahawan wanita yang berjaya, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing.
2. Berusaha menaikkan taraf kemahiran ahli dan memperbanyakkan lagi program-program latihan, forum, seminar dan berbagai-bagai lagi.
3. Mewujudkan dan memperluaskan rangkaian usahawan-usahawan wanita serta menjadi pusat rujukan dan sokongan.
4. Memberi pendedahan di dalam bidang ekonomi kepada usahawan-usahawan wanita terutamanya dalam sektor-sektor strategik.
5. Meningkatkan bilangan ahli usahawan wanita terutama dari segi kualiti dan kuantiti serta menyatukan tenaga kepintaran yang sedia ada.
